LANGKAH-LANGKAH UNTUK KEKAL FOKUS
1. Menetapkan matlamat dan mencatatkan kemajuan serta perkembangan DIRI SENDIRI
* Matlamat merupakan satu kompas yang menunjukkan jalan dalam kehidupan kita. Matlamat juga menunjukkan bahawasanya kita seorang yang fokus dan tidak berputus asa. Kejayaan memerlukan matlamat kerana tanpa matlamat, tidak akan ada usaha. Tanpa matlamat, tidak akan wujud cabaran.
* Seseorang atau sesebuah kumpulan yang tidak mempunyai matlamat akan hilang hala tuju, umpama orang yang berada di atas bot kecil di lautan tanpa kompas, sentiasa mencari dan merubah hala tujunya.
* Oleh itu, kita harus mencatatkan setiap matlamat yang ingin dicapai dalam sesuatu tempoh tertentu dan fokus pada matlamat-matlamat tersebut. Contohnya, dalam masa enam bulan, saya menetapkan matlamat untuk mencapai sesuatu pangkat tertentu ataupun dalam masa tiga bulan, saya menetapkan matlamat untuk melayakkan diri dalam insentif pelancongan yang diadakan.
* Matlamat-matlamat yang harus ditetapkn haruslah jelas dan sempurna, mempunyai tempoh masa yang jelas mencabar dan boleh dicapai.
* Di sepanjang perjalanan untuk mencapai matlamat tersebut, setiap langkah positif yang diambil haruslah dicatatkan tidak kira betapa kecil pun langkat tersebut, iaitu sebagai peringatan bahawa diri kita sedang maju. Ini adalah cara yang terbaik untuk anda kekal bermotivasi.
* Dalam semua matlamat yang ditetapkan, kita dapat mencapai apa sahaja matlamat yang kita inginkan tetapi bukan SEMUAnya yang kita impikan. Kita sebagai manusia hanya boleh fokus beberapa matlamat sahaja dalam fikiran kita.
* Matlamat yang telah ditetapkan haruslah diperiksa, dirancang dan dilaksanakan. Matlamat yang telah dirancang tanpa tindakan adalah sia-sia sahaja.
Hubungi saya
0123102504